BAGAIMANA PERANCANG KEWANGAN MEMBANTU ANDA

Perancang kewangan ialah seorang profesional yang akan membantu menguruskan aset pelanggan untuk mencapai apa yang diimpikan oleh pelanggan. Mereka akan menganalisis situasi kewangan semasa dan seterusnya merangka pelan tindakan untuk mencapai objektif kewangan yang ditetapkan.

Contoh, anda sekarang ni berusia 40 tahun. Anda merancang untuk bersara awal pada umur 50 tahun. Persoalan nya…

1. Adakah anda mempunyai wang cukup ketika usia 50 tahun nanti?
2. Sekiranya tak cukup, berapa duit yang saya perlu untuk labur?
3. Apakah instrument pelaburan yang sesuai untuk saya?

Perancangan kewangan memberikan anda petunjuk berapa dana persaraan yang anda perlukan dan jalan ke arah mencapai matlamat anda.

Mereka adalah TEMAN HIDUP ANDA selepas keluarga anda

MEMILIH PERANCANG KEWANGAN

Gelaran ‘Financial Planner’ adalah antara gelaran paling banyak disalah guna pakai. Financial Planner atau dalam Bahasa Melayunya Perancang Kewangan bukanlah merujuk kepada remisier, akauntan, ejen hartanah, perunding unit amanah atau pun ejen takaful.

Perancang Kewangan adalah mestilah seseorang yang

1. Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti
Setiap perancang kewangan Malaysia perlu mempunyai kelayakan dalam bidang Perancangan Kewangan. Ketika ini Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia hanya mengiktiraf sijil profesional dari 2 badan ini.

Malaysian Financial Planning Council
. Registered Financial Planning (RFP)
. Shariah Registered Financial Planning (RFP)

Financial Planning Association of Malaysia
. Certified Financial Planner (CFP)
. Islamic Financial Planner (IFP)

2. Kelayakan
Perancangan Kewangan adalah salah satu aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna setiap perancang kewangan perlu mempunyai lesen Capital Market Service Representative Licence (CMSRL) dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Boleh semak lesen di laman sesawang Suruhanya Sekuriti di sini https://www.sc.com.my/

BAGAIMANA PERANCANG KEWANGAN BERKERJA?

1. Kepercayaan
Bila anda mengambil khidmat seorang perancang kewangan, anda perlu mendedahkan segala maklumat kewangan. Ini penting supaya perancang kewangan itu dapat mengetahui situasi semasa kewangan dan seterus menganalisis dan merangka pelan tindakan yang perlu dibuat untuk mencapai objektif yang diinginkan

2. Perjanjian
Sebelum khidmat perancangan dibuat, satu perjanjian bertulis akan dibuat antara pelanggan dengan perancang kewangan. Ia adalah untuk menjelaskan skop tugasan yang diberikan, bayaran caj perkhidmatan dan tanggungjawab setiap pihak