Masa depan yang baik adalah impian bagi setiap orang. Namun, ia tak akan tercapai seandainya tak dirancang daripada awal.
Masa terbaik merancang kewangan adalah seawal medapat gaji pertama. Masa kedua terbaik adalah sekarang.

Saya menawarkan khidmat perancangan kewangan profesional untuk mencapat matlamat dan kehidupan yang diidamkan.

Kita merancang kewangan bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mencapai impian dan melalui kehidupan dengan tenang

ANALISIS ALIRAN TUNAI

Satu mantra yang begitu popular dalam dunia perniagaan

“Cash Flow Is the King”

Hakikatnya Aliran Tunai bukan saja nadi bagi sesebuah syarikat atau perniagaan saja tetapi juga adalah denyut nadi bagi kewangan seseorang.

Aliran tunai adalah satu pernyata kewangan yang merekod segala duit masuk dan keluar. Dalam erti kata lain, ia merekodkan jumlah pendapatan diterima dan mencatat segala perbelanjaan.

Aliran tunai adalah satu pernyata kewangan yang merekod segala duit masuk dan keluar. Dalam erti kata lain, ia merekodkan jumlah pendapatan diterima dan mencatat segala perbelanjaan.

TAHAP KESIHATAN KEWANGAN

Tahukah anda bahawa kekayaan atau kemiskinan seseorang boleh dihitung dengan formula Kekayaan = Jumlah Nilai Semasa Aset – Jumlah Hutang. Ini dinamakan sebagai Penyata Nilai Bersih.

Melalui penyata nilai bersih dan aliran tunai inilah kita dapat melihat tahap semasa kesihatan kita sekarang.

PENGURUSAN HUTANG

Hampir semua orang, walaupun berpendapatan tinggi sekalipun pasti mempunyai hutang-hutang tertentu.

Hampir semua orang, walaupun berpendapatan tinggi sekalipun pasti mempunyai hutang-hutang tertentu.

Sebab itu lah ada perpatah berbunyi,

“Lagi besar periuk lagi besar keraknya”

Ini kerana semakin tinggi kekayaan seseorang, semakin tinggi hutang yang diambil untuk membeli sesuatu harta.

Jadi dengan pengurusan hutang yang baik, kita dapat memastikan hutang dapat diselesaikan pada waktu nya disamping meminimakan kadar bunga/keuntungan yang perlu dibayar.

Membantu menguruskan hutang dengan kaedah yang praktikal dan berkaitan.

PERLINDUNGAN RISIKO

Risiko adalah Asas Kehidupan. Ini kerana dalam hidup ini pasti seseorang akan melalui fasa sakit, ditimpa penyakit berat, kemalangan, kerugian dalam pelaburan dan kematian.

Itulah salah satu hikmah Allah mengharamkan riba. Dengan riba, seseorang boleh meraih keuntungan tanpa mengambil sebarang risiko/risiko yang minima. Bila tiada risiko, ia jelas akan menzalimi pihak lain.

“Kita mengambil pelan insurans/takaful bukan kerana kita akan mati tetapi kerana kelestarian hidup orang yang kita sayang”

Malangnya ramai yang mengambil takaful tanpa mengetahui jumlah sebenar perlu diambil. Pelan takaful yang komprehensif sepatutnya,

1. Mampu menyelasaikan hutang yang tinggal.
2. Menyediakan dana pantas kepada keluarga.
3. Pengganti pendapatan.

Saya akan membantu anda dalam menyemak pelan takaful sedia ada dan mengirakan berapa jumlah sebenar perlindungan yang perlu diambil.

PELABURAN

Pelbagai jenis pelaburan yang ada di Malaysia. Emas, Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah Saham, Skim Persaraan Swasta, Saham, Derivatif seperti Dagangan Masa Depan Minyak Kelapa Sawit dan terbaru matawang kripto.

Bila anda jumpa dengan ejen unit saham amanah, pasti dia mengatakan unit amanah saham adalah yang terbaik. Begitu juga apabila anda jumpa ejen penjual emas. Semua akan mengatakan pelaburan mereka adalah pelaburan yang terbaik.

Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan yang mampu mencapai objektif pelaburan dan bersesuaian dengan kadar toleransi risiko diri.

Sebagai seorang perancang kewangan berlesen, saya akan membantu membina dan menyeimbangkan portfolio pelaburan seterusnya mencapai objektif pelaburan. Saya boleh membantu anda akses kepada pelbagai jenis pelaburan di Malaysia.

PENDIDIKAN

Pendidikan yang baik adalah pemberian paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak-anak kerana ia membuka peluang dalam kehidupan mereka dan membekalkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan.

Malangnya, bukan semua orang layak memperolehi biasiswa dan perebutan nya semakin ketat saban hari.

Ada yang mencadangkan pelaburan hartanah untuk anak. Satu rumah satu anak. Tetapi perlu ingat, risiko paling tinggi dalam pelaburan hartanah adalah risiko kecairan. Bayangkan ketika anak mahu masuk universiti, rumah itu tidak terjual kerana tiada pembeli. Pada masa sama pelbagai perunding pelaburan seperti Unit Amanah Saham dan Emas berjumpa anda beritahu pelaburan mereka adalah terbaik dalam membina dana pendidikan. Akhirnya, anda tahu nak pilih mana satu.

Mari saya bantu anda untuk merancang dan membina dana pendidikan untuk anak-anak anda.

PERSARAAN

Ramai orang mahu bersara pada usia muda. Namun jika soalan ini ditanya kepada kebanyakan rakyat Malaysia, ramai menjawab “tidak”. Majoriti individu hanya bergantung Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan tidak mempunyai sumber dana persaraan yang lain.

Untuk memastikan sama dana persaraan mencukupi, ada beberapa persoalan penting wajib dijawab.

. bila waktu terbaik untuk mula bina dana persaraan?
. bila anda mahu bersara?
. berapa saya perlukan sekiranya saya mahu bersara?
. saya sudah mempunyai KWSP, perlu ke saya ada dana persaraan lain?
. berapa lama duit KWSP saya mampu bertahan?

Ini adalah persoalan asas penting perlu anda jawab. Usah risau, saya boleh membantu anda menjawab persoalan ini seterusnya membina portfolio untuk dana persaraan hari tua.

PELAN LEGASI

Tahukah anda?

Sikap ambil mudah, tiada kesedaran dan tiada muafakat menjadi penyebab hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang Melayu di negara ini tidak dituntut sejak merdeka hingga kini.

Berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), majoriti daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang. Akhirnya…

. waris tidak dapat memanfaatkan harta pusaka yang ditinggalkan.
. bergaduh sesama ahli waris.
. waris hidup dalam kesusahan dan terpaksa menanggung hutang.

Oleh kerana itu, ada 5 sebab anda perlu merancang pelan legasi,

. melindungi pasangan dan anak-anak.
. bekalan sadaqah dan wakaf untuk akhirat.
. mengharmonikan sesama ahli waris.
. melangsaikan hutang.
. melegasikan harta kepada generasi seterusnya.