Nama penuh adalah Muhammad Hanif Bin Yahaya. Saya merupakan seorang Perancang Kewangan Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti adalah sebuah badan yang mengawal selia pasaran modal di Malaysia.

Saya juga adalah seorang Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia khusus dalam memberi nasihat kewangan dalam insurans dan takaful.

Dengan kedua-dua kelayakan tersebut, saya memberi perkhidmatan kewangan yang komprehensif dan profesional kepada pelanggan dalam mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.

HANIF YAHAYA
S.Ked (UNPAD), MD (UKM), Shariah RFP (MFPC), RFP (MFPC)

Saya merupakan pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner. Sekarang ni saya merupakan Ketua Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia dan ahli Majlis Perancang Kewangan Malaysia.

Seorang Penasihat Kewangan sepenuh masa, profesional dan kompeten. Berpengalaman dalam membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan dan membuat keputusan kewangan yang tepat melalui khidmat nasihat yang profesional dan tidak berat sebelah.

2014

IJAZAH DOKTOR PERUBATAN

MD (Universiti Kebangsaan Malaysia
S.Ked (Universitas Padjadjaran)

2015-2018

MULA TERJUN BIDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN

Menjadi seorang Ejen Takaful di PruBSN Takaful

Mei 2016

UNIT TRUST CONSULTANT

2016-2017 – Public Mutual
2017-2018 – Phillip Mutual
2018 – Sekarang – VKA Wealth Planners Sdn Bhd

Nov 2010

FINANCIAL ADVISER REPRESENTATIVE

Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

Jun 2018

CAPITAL MARKET SERVICE REPRESENTATIVE LICENSE (FINANCIAL PLANNING)

Dilesenkan sebagai Perancang Kewangan Berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti

Feb 2019

SHARIAH REGISTERED FINANCIAL PLANNER

Pelajar Terbaik Shariah Registered Financial Planner 2018. Separuh pengajian ditaja oleh Capital Market Development Fund (CMDF)

Julai 2020

REGISTERED FINANCIAL PLANNER

Lulus Registered Financial Planner. Biasiswa penuh daripada Malaysian Financial Planning Council

. Perancangan Kewangan Berlesen Surunjaya Sekuriti : eCMSRL/B8215/2018
. Wakil Penasihat Kewangan diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia (Muat Turun List of Financial Advisers’ Representatives)
. FIMM No : 708-0-20116
. FIMM No (PRS): P-708-0-20079