Tadi, aku isi minyak kereta. Masa bayar dekat kaunter, aku tertarik dengan brosur tawaran pembiayaan peribadi oleh salah sebuah bank terkemukan. Wow, serendah 4.88% je kadar keuntungan bank

Apa lagi, aku terus amek dan bawa keluar telefon. Buka aplikasi Financial Calculator dan terus kira kadar keuntungan yang sebenar. Aku guna andaian pinjam RM 150,000 dengan bayaran bulanan RM 1860 sebulan

8.84%!

Bukan 4.88% seperti yang ditulis. Langit dengan bumi beza nya. Ini dah menipu nama nya

Benarkah bank tu menipu?

Secara umum nya, kadar keuntungan yang diambil oleh bank ada dua jenis iaitu kadar rata (flat rate) dan juga kadar tetap fixed rate

Kadar Rata (Flat Rate)

Kadar rata adalah kadar faedah/keuntungan berdasarkan jumlah wang yang diterima oleh peminjam pada permulaan pinjaman. Ia dipengaruhi dengan faktor tempoh masa pembayaran balik. Lagi lama pinjam, lagi tinggi faedah yang perlu dibayar kepada bank

Sebagai contoh dala kes di atas

RM 150,000 x 4.88% x 10 tahun = RM 73,200.

Jumlah faedah perlu dibayar adalah RM 73,200 menjadikan pembiayaan/hutang perlu dibayar adalah RM 223,200. Bahagi 120 bulan, jadilah RM 1,860

Kadar Tetap (Fixed Rate)

Kadar tetap adalah kadar faedah yang tetap sama untuk sepanjang tempoh pinjaman, atau untuk sebahagian daripada tempoh pinjaman, bergantung pada perjanjian pinjaman

Erti kata lain ia tak dipengaruhi oleh tempoh masa pembayaran balik

Dalam dunia kewangan ini adalah kadar faedah/keuntungan yang sebenarnya yang perlu dibayar oleh peminjam

Jadi macam mana nak tahu kadar faedah sebenar (fixed rate) yang perlu bayar bila jumpa iklan yang menggunakan kadar rata (flat rate)?

Cara nak kira itu agak susah. sini, aku cuba mudah kan sikit.

1. Muat turun aplikasi financial calculator untuk android atau ez calculator bagi ios

2. Buka financial calculator, pilih TMV. TMV ni singkatan untuk Time Value of Money

3. Klik Advance dan masukkan maklumat berikut

Present Value (PV) = 150,000. Dalam kes ni kena positif sebab korang terima duit. Kalau duit tu keluar macam untuk melabur, jadi kena negatif

Payment (PMT) = -1860. Ni kena negatif sebab setiap bulan korang kena keluarkan duit untuk bayar pada bank

Future Value (FV) = 0. Jadi kosong lah sebab bila dah habis bayar, jadi hutang pun tinggal kosong

Periods = 120. Pilih monthly. 120 ni merujuk 120 bulan perlu bayar 1860 tu

Compounding pilih annually dan rate pun annually sebab standar praktis adalah berdasarkan kiraan tahun

Akhir sekali klik button RATE

Tadaa… Dapatlah 8.84%. Ini adalah kadar faedah/ keuntungan yang korang bayar pada bank sepanjang tempoh pembiayaan.

Tinggi bukan? Pulangan ASB tahun lepas pun 5.5% je

sbab itu lah kena hati-hati bila nak buat hutang. pastikan dulu kadar faedah/keuntungan yang perlu dibayar. Asal nampak renah, terus mohon pinjaman

Kesimpulan nya, bank bukanlah menipu. Sebaliknya kita sebagai pengguna kena tahu dan sedar jenis kadar faedah yang digunakan dalam promosi yang digunakan

Aku harap ini dapat membantu sahabat-sahabat. Share kat kawan-kawan supaya lebih ramai sedar dan menjadi bijak sebelum nak meminjam

Similar Posts