
Semalam Proton mengumumkan pelancaran kereta terbaru mereka iaitu X50 dengan harga antara 79,200 hingga 103,300
Ada yang bertanya kepada aku adakah X50 ni adalah kenderaan mampu milik?
Tahap mampu milik bagi sesebuah kenderaan adalah berbeza. Ia bergantung kepada jumlah gaji seseorang. Di sini dikongsikan 2 formula mengira kadar mampu milik sesebuah kenderaan
Saya gunakan model paling murah sebagai contoh iaitu 79,200 sebagai contoh kes studi
Formula 1 : Jumlah Gaji Setahun
Formula 1 I Jumlah Gaji SetahunIni adalah formula paling mudah. Kena pastikan harga kenderaan yang dibeli tu tak lebih dari setahun gaji. Ini bermakna gaji minima layak nak beli X50 adalah
79,200/12 = RM 6,600 (Gaji Minima Sebulan)
Formula 2 : 20/5/10
Kaedah ini lebih rumit untuk kira (tapi tak susah pun) dan ketat iaitu
20 = 20% deposit bayaran muka
5 = 5 tahun tenure
10 = komitmen bulanan tak lebih 10% gaji
Jadi dalam kes X50 ni, kena pasti ada dalam (20% x 79,200) = 15,840 sebagai duit bayaran muka
Gaji pula minima:
Harga Kenderaan: 79,200 – 15,840 = 63,360
Kadar Keuntungan (andaian 3.4% untuk 5 tahun): 11,052
Jumlah Kena Bayar: (63,360 + 11,052) = 74,412
Komitmen Bulanan: RM 1,240.20
Maka gaji minima sebulan adalah RM 12,400
Kesimpulan
Itulah cara nak mengenal kenderaan mampu milik. Formula 2 jauh lagi ketat berbanding formula 1. Ikut lah nak guna yang mana
Lepas kira-kira masih tak lepas gaji minima walau dah guna kedua-dua formula?
Itu makna nya belum rezeki lagi. InshaAllah, akan diluaskan juga rezeki kita satu hari nanti
Ameen