Sekarang ni, pelaburan saham menjadi perbualan hangat sekali. Di facebook saya sendiri, setiap hari akan keluar newsfeed atau iklan mengenai saham

Hari ni saya nak bercerita mengenai mitos-mitos dalam pelaburan saham berdasarkan pengalaman saya sendiri menjadi seorang pelabur di Bursa Malaysia sejak 2016

Oh ya, anda boleh subscribe channel ni kalau tak nak terlepas video-video kewangan dari saya. Sebab setiap minggu saya akan post video baru

Mitos 1

“Melabur saham ni sehari je dah boleh untuk 10%. Bayangkan pula kalau sebulan dah jadi berapa? Itu belum lagi setahun”

Ya, sehari boleh jadi untung 10%. Tapi itu bukan bermakna sebulan akan jadi 300%. Malah ada kemungkinan boleh jadi rugi

Eh, kenapa macam tu?

Dalam pelaburan saham, kalau hari ni untuk 10% bukan bermakna esok pasti akan 10%. Realitinya, esok mungkin 5% rugi, 2 hari kemudian rugi 8% dan hari seterusnya untung pula 4%. Ini Pasaran saham penuh dengan gelora yang akan menjerat emosi dan akhirnya kita akan rugi

Di iklan kita hanya nampak untung je. Realitinya, untung dan rugi itu silih berganti

Kalau setiap hari untung 10%, pasti institusi pengurusan pelaburan seperti KWSP berebut nak tawarkan bekerja

Jadi macam mana nak ukur prestasi pelaburan saham kita?

Buat satu rekod pelaburan. Catat modal asal dan rekod segala transaksi jual beli. Kemudian buat analisis untuk rekod 6 bulan, setahun, 3 tahun dan 5 tahun. Lihat berapa peratus kenaikan dari modal asal

Dengan cara ini, korang akan lebih jelas berapa sebenarnya kadar keuntungan dalam pelaburan saham

Mitos 2

“Kos melabur saham hanya RM 10 je”

Ya, secara teori memang kos nya hanya RM 10 je. Tetapi realitinya, kos pelaburan lebih daripada tu

Nak melabur saham kena ada akaun CDS. Akaun CDS ni, kos buka memang RM 10 je

Tapi nak mula melabur kena ada ilmu. Ilmu macam mana nak guna platform seperti jual beli dan seterusnya nak mengenal saham berpotensi

Nak dapat ilmu kena pergi menuntut dulu. Seminar saham pula kos nya bermula beberapa ratus dan mencecah ribuan. Itu tak termasuk lagi kos rugi kerana baru nak mula belajar lagi

Mitos 3

“Saham ni untuk orang kaya je”

Ini salah satu mitos terbesar pelaburan saham. Sebahagian beranggapan pelaburan saham hanya untuk orang kaya

Nak melabur saham ni tak perlu modal RM 50,000 atau RM 100,000. Modal RM 5000 dah boleh untuk melabur saham. Tapi kalau modal lagi besar, lagi ‘best feeling dia’

Sebab kalau boleh modal kecil, akan ada beberapa limitation kerana tak cukup modal.

Similar Posts