Pada 27 November lepas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia baru saja mengumumkan senarai terbaru saham-saham patuh Shariah di Malaysia setakat 26 November 2020

Untuk informasi umum, setiap tahun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengemaskini status patuh Shariah bagi saham-saham yang didagankan di Bursa Malaysia sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mei dan November

Di sini saya sertakan senarai penuh syarikat-syarikat senarai saham patuh syariah pada bulan 26 November 2020. Tak perlu muat turun. Boleh ‘scroll down’ tengok pdf tersebut

Beberapa fakta ringkas mengenai senarai terbaru saham patuh shariah

  1. Terdapat 39 buah syarikat baru telah diklasifikasikan sebagai patuh Shariah seperti Mr D.I.Y yang baru didagangkan dalam Bursa Malaysia, Aneka Jaringan, Econframe, Ocean Vantage dan Samaiden
  2. Sebanyak 16 syarikat yang sebelum ini patuh Shariah telah terkeluar dari senarai seperti NTPM Holdings, TAS Offshore, Analabs Resources dan WMG Holdings Bhd
  3. 715 daripada 903 (79%) saham di Bursa Malaysia adalah patuh Shariah. Ia menunjukkan peningkatan berbanding bulan Mei 2020 apabila hanya 697 daripada 900 saham (77%) patuh Shariah
  4. Bagi Islamic Real Estate Investment Trust kekal sebanyak 4 buah dana iaitu Al- ‘Aqar Healthcare REIT, Al-Salam REIT, Axis-REIT dan KLCC REIT
  5. Begitu juga Islamic exchange-traded fund (ETF), kekal 6 buah dana iaitu MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25, MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend, MyETF MSCI SEA Islamic Dividend, MyETF Thomson Reuters Asia Pacific ExJapan Islamic Agribusiness, MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 dan Tradeplus Shariah Gold Tracker
  6. Kini sebanyak 28 saham patuh Syariah di papan LEAP. Pada bulan Mei 2020 yang lalu, hanya ada 21 saham patuh Syariah di papan LEAP. Saham-saham di Pasarang Leap ni khusus untuk pelabur-pelabur sofistikated saja

Apa itu Pelabur Sofistikated

Pelabur sofistikated adalah pelabur yang memenuhi salah satu tiga kriteria

  1. Individu yang mempunyai aset peribadi berserta pasangan melebihi RM 3 Juta
  2. Individu yang memperolehi pendapatan kasar melebihi RM 300,000
  3. Pendapatan kasar seseorang individu berserta pasang

Similar Posts