Baru-baru ni Bernama melaporkan seorang kerani rugi RM 713,450 akibat diperdaya skim pelaburan mata wang asing palsu
Sebelum tu Berita Harian melaporkan pula 30 individu tersontot dalam skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah.
Kononya skim ni nak bantu individu yang mengadapi masalah kewangan dan menjana semula pendapatan. Mereka menjanjikan keuntungan bermula antara 10 peratus setiap bulan dalam bentuk hibah dan patuh syariah
Ada yang sampai meminjam wang sehingga RM100,000 dan ada juga menghabiskan segala wang simpanan yang ada untuk dilaburkan dalam skim
Baik duit tu bagi aku yang uruskan?
Sebab aku akan memastikan pelaburan yang korang masuk adalah pelaburan yang sah di sisi undang-undang, dikawal selia oleh pihak berkuasa dan semestinya ke dalam instrumen patuh shariah
Ok lah, anda bersama saya Hanif Yahaya. Kali ini saya nak berkongsi 5 Tip Mengenal Skim Cepat Kaya
5 Tip penting adalah gabungan antara 4 tip yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan 1 tip ekstra yang aku sentiasa guna dalam nak mengenali sesuatu skim pelaburan
4 tip tersebut adalah T.I.P.U. Ingat scam, ingat TIPU
(T) bermaksud tak akan rugi
Penipu-penipu skim ni akan mengatakan skim tu pasti takkan rugi.
Pengalaman aku sendiri, bila aku bertanya mengenai situasi-situasi bagaimana kerugian boleh berlaku, mereka akan cepat-cepat ubah topik atau alih perhatian dengan bercerita keuntungan yang korang akan dapat
Hakikatnya hampir semua pelaburan yang ada kat pasaran mempunyai risiko tersendiri. Tiada pelaburan tiada risiko melainkan pelaburan tersebut dijamin oleh kerajaan seperti Malaysia Government Security (MGS) dan Government Investment Issue (GII)
(I) adalah indah khabar dari rupa atau orang putih sebut too good to be true
Dah lah tak akan rugi, lepas tu pulangannya tak masuk akal. Contoh dalam 30 individu ni. Mereka ditawarkan pulangan 10% sebulan yang menjadikan pulangan efektif sebanyak 213.84% setahun!
Sedangkan nak dapat 10% secara konsisten setiap tahun pun sebenarnya dah cukup susah. Apatah lagi 10% sebulan
Tak masuk akal…
(P) bermakna Peluang Hanya Sekali
Ni satu lagi ‘signature’ atau ‘trademark’ skim cepat kaya. Penipu-penipu ni akan mengatakan peluang ni hanya datang sekali. Tujuannya adalah nak menyebabkan korang berfikir secara tak rasional kerana kesuntukan masa dan tak nak bagi masa korang berfikir untuk cari maklumat dan bertanya pada orang lain
Selain itu nak mewujudkan elemen rasa rugi andai terlepas pelaburan ni. Ni semua adalah taktik nak hilangkan rasional dalam korang berfikir
(U) ialah Untung Besar
Mereka akan membandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain yang ada dipasaran dan akan menunjukkan pulangan pelaburan-pelaburan lain ni seperti unit amanah ni tak setanding langsung pelaburan yang mereka tawarkan
Dan tip yang terakhir sekali yang sering saya gunakan adalah mengenal pasti siapakah pemegang amanah dalam pelaburan tersebut
Semua skim yang mengumpul duit orang ramai ni akan mengatakan mereka akan laburkan duit korang. Korang duk goyang kaki atau cari downline bawah korang pulak
Di Malaysia, semua pelaburan jenis ni WAJIB mempunyai pemegang amanah. pemegang amanah ni lah yang pegang duit korang. Syarikat pengurus pelaburan TAK BOLEH pegang duit korang
Jadi tanya siapa pemegang amanah dan hubungi syarikat pemegang amanah tersebut bagi mendapatkan kesahihan
Pengalaman aku, tak ada satu pun yang boleh jawab siapa pemegang amanah bagi pelaburan skim-skim mengarut diorang ni
Lagi legend, siap tanya apa eh pemegang amanah ni?
Eh, cakap pasal pelaburan ni. Korang dah melabur belum?
Kalau belum, meh sini aku bantu. Takdelah nanti kena sontot dengan mana-mana skim cepat kaya