Setiap kali hari raya, kanak-kanak adalah antara golongan paling riang gembira. Ini sebab mereka akan menerima duit raya daripada orang yang lebih dewasa. Sebab itulah zaman dulu-dulu ada budaya budak-budak pergi beraya dari rumah ke rumah. Lagi dahsyat bila mana pergi ke rumah sama berkali-kali

Bagi ibu bapa pula, mereka akan bertindak sebagai pemegang amanah atau pengurus duit raya anak mereka. Ingat tau pemegang amanah. Bukan pemilik duit raya anak-anak tau. Menteri Agama semasa menjadi Mufti Wilayah Dato Dr Zulkifli ada mengatakan haram bagi mak ayah ambil duit raya anak-anak untuk digunakan tanpa keperluan munasabah untuk anak-anak

Mudahnya, mak ayahlah yang akan tentukan duit raya tu nak letak kat mana

Jadi dalam perkongsian kali ni, aku nak berkongsi kat mana nak simpan duit raya anak-anak

Cup – cup. Sebelum tu, aku nak cerita berapa banyak nak simpan duit raya anak-anak

Bagi aku, nak simpan duit raya anak-anak ni kena guna formula 80:20 iaitu 80% disimpan manakala 20% digunakan untuk memenuhi hajat anak

Kalau korang bagi semua langsung tanpa menyimpan, ni sangat tak bagus. Pertama sebab duit tu akan rugi sedangkan kalau simpan, duit itu akan berganda (tapi bergantunglah tempat mana simpan). Kedua ni yang paling penting. Ia melatih budaya menyimpan dan hanya membelanjakan sebahagian duit sejak dari kecil lagi. Kebanyakan sebab mengapa anak muda sekarang susah nak menyimpan dan membelanjakan duit sesuka hati adalah kerana ia tak dididik sejak kecil

Tapi, kalau korang simpan kesemuanya 100% juga tak elok. Ya, bagus menyimpan tapi ia merencatkan keseronokan jiwa anak-anak. Mereka berjuang habis-habisan nak kumpul duit, tapi tak dapat gunakan pun. Dan mereka dijanjikan ia adalah untuk keperluan masa depan yang mereka perlu tunggu lagi bertahun-bertahun. Dah lah masa tu jiwa kanak-kanak kot

Ok, kita balik semua topik asal. Kat mana eh nak simpan?

  1. Ni yang paling ramai. Cuba teka apa? Mestilah akaun simpanan bank. Ni jugalah yang dilakukan oleh mak ayah aku dulu. Ingat lagi, buku biru Akaun Simpanan BSN. Kelebihannya adalah mudah, kecairan tinggi dan dilindungi PIDM. Tapi pulangannya amat rendah iaitu sekitar 0.5% je. Duit tu macam nampak tak berkembang je. Kena ingat kuasa duit menurun secara puratanya 4% setahun. Jadi nilai duit lebih menyusut dari berkembang
  2. Akaun simpanan tetap. sama lebih kurang macam akaun simpanan tetap cuma kecairan je rendah sikit sebab ada tempoh ‘lock in period’. Pulangannya ketika ini sekitar 1.8%. Masih rendah berbanding inflasi
  3. Tabung haji. Ia mudah dan mempunyai kecairan tinggi macam akaun simpanan. Tetapi pulangannya lebih tinggi iaitu 3.1% pada tahun lepas. Cuma masa rendah berbanding kadar inflasi. Bagaimanapun, aku amat galakkan korang letakkan dalam tabung haji sampai cukup untuk daftar haji. Dah cukup tadi daftar haji dan selebihnya letakkan dalam tempat yang lebih menjana duit
  4. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ia adalah tabung pendidikan untuk anak-anak. Pulangannya boleh dikatakan agak ok iaitu 4% + 1% ganjaran kesetiannya pada tahun lepas. Tapi korang kena ingat, korang juga boleh menikmat perlepasan cukai sehingga 8000 setahun
  5. Saham Amanah atau ASB. Asasnya korang meletakkan duit dalam unit amanah yang diuruskan oleh pengurus dana. Pulangan berdasarkan jenis kelas dana dan prestasi dana. Ia berbaaloi untuk jangka masa panjang

Kesimpulannya, laburlah duit raya anak. Jangan hanya sekadar simpan dalam akaun bank. Dalam memilih instumen pelaburan pula, pastikan letakkan penanda aras minima pulangan adalah 4% iaitu berkadaran dengan jumlah inflasi. Ini menandakan duit korang berkembang lagi laju berbanding inflasi

Similar Posts