Minggu lepas Touch N Go baru saja melancarkan satu ciri terbaru buat pengguna TNG eWallet. Ciri terbaru tersebut dinamakan sebagai GO+. GO+ membolehkan anda memaksimakan duit baki dalam wallet untuk tujuan pelaburan. Ini bermakna anda boleh mencipta keuntungan dan pada masa sama menggunakan kemudahan transaksi pembelian secara ‘cashless’

Tapi beberapa ketika selepas je ia dilancarkan, ada sesetengah orang mengatakan ia sebagai haram dan tak patuh shariah

Persoalannya, betulkah tak patuh shariah?

Ok, sebelum kita pergi kepada soal hukum, adalah lebih baik kita ambil tahu dulu apa itu ciri GO+ yang pada aplikasi TNG eWallet

Fungsi Go+ ni membolehkan anda memindahkan sebahagian baki dalam akaun TNG eWallet untuk dilaburkan ke dalam dana saham amanah atau sebahagian orang sebut sebagai unit amanah yang melabur ke dalam pasaran wang (money market)

Pasaran wang ni hampir serupa dengan simpanan tetap (fixed deposit) seperti yang ditawarkan oleh bank. Ia adalah amat selamat dan mempunyai kecairan yang tinggi. Malah pihak Touch n Go beritahu sekiranya baki dalam wallet tak cukup untuk bayar sesuatu pembayaran, maka sebahagian duit di dalam GO+ akan digunakan untuk mencukupkan pembayaran tersebut

Menarik kan ciri GO+ ni?

Pulangan pelaburan ke dalam pasaran wang ni hampir sama dengan simpanan tetap iaitu anggaranya sekitar 1.7% hingga 1.8% setahun dengan keadaan ekonomi semasa. Apa yang membezakan ialah simpanan tetap mempunyai lock in period iaitu satu tempoh tak boleh keluarkan duit tetapi pasaran wang sangat cair yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan kadar keuntungan adalah berdasarkan kadar keuntungan harian

Sebab itu korang yang mempunyai bisnes, aku amat galakkan korang letak sebahagian wang ‘floating money’ syarikat korang dalam pasaran wang. Ia memberi keuntungan yang hampir sama dengan simpanan tetap tetapi dengan kecairan yang lebih tinggi. Kalau tak tahu nak buat macam mana, saya boleh bantu korang. Hubungi saya je

Jadi betulkah ia adalah haram?

GO+ akan laburkan duit korang ke dalam dana pasaran wang Principal e-Cash Fund yang diuruskan oleh Principal Malaysia. Kalau kita tengok pada prospektus atau produk highlight sheet, dana ini dilaburkan ke dalam pasaran wang secara umum. tidak spesifik kepada shariah saja. ini menjadikan dana ini bukan dana patuh shariah

Sebagai seorang muslim kita kena pastikan duit segala rezeki kita datang dari sumber halal, baik manfaatnya dan patuh shariah.

Bagi aku, sepatutnya mereka menggunakan dana patuh shariah agar semua orang boleh join. kalau nak juga guna dana ni, berilah pilihan dana patuh shariah

Similar Posts