Korang pernah tak dengar tentang Pemegang Amanah atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai Trustee?
Kalau korang tahu dan faham peranan syarikat pemegang amanah (Trustee) ni, aku boleh katakan risiko korang nak tersontot dalam pelaburan yang mengarut dan menipu akan menjadi rendah
Jadi dalam video kali ini, aku akan bercerita mengenai trustee ni
Oh ya, kalau korang tak subscribe lagi channel aku ni, boleh subscribe sekaran sebab setiap minggu aku akan update informasi-informasi kewangan terkini dan tip-tip kewangan yang amat berharga kepada korang semua
Bila sebut pasal trustee ni, mesti ada dua sektor yang korang terbayang iaitu sektor pelaburan dan pengurusan harta pusaka atau legasi. Tapi video kali ni aku hanya akan fokus peranan trustee dalam pelaburan
Bila kita sebut pasal pelaburan ni, ada macam-macam jenis pelaburan di Malaysia ni seperti Unit Amanah, Saham, Emas, Hartanah dan sebagainya, Secara ringkanya, pelaburan ni boleh bahagikan kepada 2 jenis iaitu pelaburan secara langung (Direct Investment) dan pelaburan secara tak langsung (Indirect Investment)
Pelaburan Secara Langsung (Direct Investment)
Pelaburan secara langsung ni bermaksud korang melabur secara terus terhadap sesuatu pelaburan tanpa melibatkan pihak ketiga orang tengah. Orang tengah ni bukan bermaksud ejen tetapi pengurus pelaburan. Contoh pelaburan secara langsung adalah emas, hartanah, bon, sukuk dan juga saham. Dalam ketiga-tiga pelaburan memang korang memiliki aset tersebut secara langsung
Pelaburan Secara Tak Langsung (Indirect Investment)
Pelaburan secara tak langsung pula berlawanan dengan pelaburan langsung. Ada melibatkan pihak ketiga (pengurus pelaburan) dalam mengendalikan korang. Secara asasnya, korang melantik seorang pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan.
Contoh pelaburan secara tak langsung ialah unit amanah, exchange traded fund (ETF) dan real estate investment trust (reit)
Di Malaysia, semua pelaburan yang diuruskan oleh pihak ketiga MESTI (WAJIB) ada pemegang amanah trustee. Yelah, korang bagi duit kepada seseorang untuk laburkan bagi pihak korang. Jadi amat berisiko bila mana orang yang menguruskan pelaburan adalah orang yang memegang duit korang.
Mahu tak mahu mesti kena ada pemegang amanah. Wang kutipan pelaburan MESTI disimpan dan dijaga oleh pemegang amanah. Bukan individu atau syarikat yang uruskan pelaburan
Syarikat pemegang amanah pula mestilah syarikat bebas dan tiada kaitan dengan syarikat pelaburan. Bukan anak syarikat atau syarikat induk bagi syarikat pelaburan tersebut
Sebagai contoh dana InterPac Dana Safi yang VIRAL sebelum ni. Inter-Pacific Asset Management melantik RHB Trustees sebagai pemegang amanah. ASB yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad pula melantik AmanahRaya Trustees sebagai pemegang amanah mereka
Jadi bila korang di approach untuk melabur dalam sesuatu pelaburan yang melibatkan kutipan duit orang awam dan diuruskan oleh mereka, korang cuba tanya
“Siapa pemegang amanah (trustee) dalam pelaburan ni?”
Kalau dia terganga tak boleh nak jawab, bagi jawapan rahsia atau tak boleh nak beritahu, korang akan kaki dan pergi tempat lain. Itu semua kerja nak menipu duit orang je
Kalau dia boleh beritahu siapa pemegang amanah nya, korang semak pula dekat internet. Atau nak mudah, hubungi syarikat pemegang amanah tersebut untuk minta kesahihan
Pengalaman aku sendiri bila jumpa orang buat skim-skim mengarut macam ni, memang semuanya tak boleh nak jawab
Tak nak kena sontot? Meh sini aku tolong. InshaAllah, aku akan bantu korang melabur ke dalam pelaburan yang sah, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti, patuh shariah dan yang paling penting sekali bersesuaian dengan toleransi risiko korang. Klik link disini
Jika link di atas tak berfungsi, klik link ini http://hanif-yahaya-dup.local/temujanji/