Ramai termakan harta haram (harta bukan milik dia). Ini kerana mereka sangka harta tu adalah milik mereka. Anak perempuan ambil emas harta peninggalan arwah ibu tanpa minta kebenaran waris lain (lelaki). Barang-barang dalam rumah seperti sofa, jam dan sebagai nya diambil tanpa persetujuan yang lain.

Perlu ingat, bila meninggalnya seseorang, segala harta yang ditinggalkan adalah menjadi harta pusaka. Harta pusaka ni adalah milik semua ahli waris yang berhak. Bukan milik seorang diri.

Jadi dalam perkongsian kali ni, saya ingin kongsi apa itu harta pusaka

1. Harta Itu Halal Untuk Digunakan

Ini adalah kriteria pertama sebagai seorang Muslim. Hanya harta yang halal saja boleh diwarisi kepada waris-waris yang berhak

Harta dari sumber haram perlu diasingkan dan diberi kepada Baitulmal atau sedekah pada pihak yang layak menerima. Bahagian ni ramai salah faham. Ingat harta haram boleh dibersihkan dengan zakat. Harta dari sumber haram adalah haram digunakan

Sebab itu kena ambil produk-produk kewangan patuh shariah. Ini kerana bukan kita je boleh guna tanpa was-was tetapi juga ahli waris kita

Saya ambil contoh produk insurans konvensional. Majlis Fatwa Kebangsaan jelas mengatakan insurans adalah HARAM. Jadi bila waris dapat pampasan seperti pampasan kematian, waris hanya boleh ambil jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Lebihan daripada tu mestilah diberikan pada Baitulmal

Cuba bayangkan, bayar setiap bulan insurans tapi ahli waris tak boleh ambil sesen pun lebihan dari apa dibayar. Baik tak payah ambil kan? Jadi bertukar lah kepada produk patuh shariah

 

2. Harta Itu Mempunyai Nilai Harga

Tak kisah lah mahal atau murah, setiap harta yang ditinggalkan adalah harta pusaka. Emas, jam tangan, perhiasan rumah, telefon bimbit dan sebagainya. Jadi kena minta persetujuan semua ahli waris kalau nak ambil walaupun barang itu spesifik untuk kegunaan sesuatu jantina saja seperti emas perhiasan. Perlu juga minta izin waris lelaki

Apa contoh harta yang tiada nilai harga?

Harta yang tiada nilai harga adalah seperti anak yang soleh dan ilmu. Walaupun ia tiada nilai harga (di muka bumi) dan tak boleh dipusakakan, tetapi ia adalah harta amat berharga di akhirat kelak

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknyaā€¯. Sahih Muslim

 

3. Milik Sempurna Si Mati

Hanya harta milik sempurna si mati boleh diwariskan. Sekiranya masih belum sempurna kerana hutang, ia perlu dilangsaikan dulu hutang nya

 

4. Berkekalan Milik Si Mati

Zaman sekarang ni, ramai orang dah mula membuat Hibah secara Ruqba sewaktu masih hidup. Hibah secara Ruqba ni adalah hibah bersyarat iaitu harta itu akan dipindahkan kepada penerima sekiranya si pemberi mati terlebih dulu. Jika penerima mati dulu, ia akan kekal milik si pemberi

Jadi harta yang dah dihibahkan tak boleh dipusakan

Kesimpulanya, harta pusaka ini perlu diuruskan dengan cermat. Dah rancang lagi pembahagian sewaktu masa hidup. Kalau masih tak tahu nak buat apa, mari saya bantu

Similar Posts