Hari ini merupakan hari pertama kita di dalam fasa Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan Darurat. Masa PKP yang pertama, ia cukup memeritkan poket kewangan kita
Seorang sahabat saya (cerita sebenar) terpaksa menjual kereta kesayangan dan 2 biji kamera yang dia ada. Dia adalah seorang jurugambar untuk majlis ni keramaian seperti majlis kahwin
Bila PKP, kerja pun takde. Jadi terpaksa menjual aset yang ada
Jadi, saya nak kongsikan 5 Tip Survival Kewangan untuk mengharungi fasa PKP 2.0
1. Pastikan Tabung Kecemasan Mencukupi
Tabung kecemasan sepatutnya boleh mencukupi minima 3 bulan gaji. Kalau tak cukup, boleh ambil dari kwsp melalui i-Sinar. Tapi duit yang diambil tu bukan untuk boros atau pelaburan nak cebur bidang baru tetapi adalah untuk kegunaan pada waktu kritikal ni
Menceburi bidang baru adalah sesuatu yang berisiko tinggi kerana kita tiada pengalaman, ilmu dan kemahiran yang cukup. Jadi kita berisiko besar untuk rugi. Sedangkan pada saat-saat begini, kalau boleh kita nak meminimakan sebarang kerugian
Namun, bukan lah saya nak katakan jangan ceburi langsung bidang baru. Boleh dan amat digalakkan sebagai ikhtiar baru, tapi elakkan menggunakan modal besar. Fokus kepada perniagaan atau kerjaya yang memerlukan kos yang minima
2. Semak Semula Aliran Tunai
Kita kena pastikan aliran tunai tunai semasa adalah positif, positif dan positif. Aliran tunai positif bermaksud kita mempunyai lebihan gaji. Sebagai contoh, pendapatan kita RM 6,000 sebulan tetapi jumlah perbelanjaan kita cuma RM 5,000. Ini bermakna kita ada lebihan sebanyak RM 1,000
Kalau boleh pada waktu sangat kritikal ini, kita kena pastikan perbelanjaan kita serendah yang mungkin. Ini kerana kita tak tahu lagi sama ada kita akan terus dapat bekerja dan seberapa lama duit yang kita ada sekarang dapat bertahan
3. Jangan Berhenti Ambil Takaful
Ini kesilapan paling besar orang buat bila terdesak duit. Kita beranggapan takaful tak perlu sebab ini adalah satu manfaat yang kita tak nampak depan mata. Tapi kita kena ingat, musibah adalah satu perkara ghaib yang kita semua tak tahu. Bila dah terkena, memang menyesal tak sudah
Saya ada satu kes yang saya sendiri alami. masa saya pada tahun akhir perubatan, ada seorang pesakit yang saya jaga masuk hospital kerana perlu jalani pembedahan hempedu. pada masa tu, ini adalah pembedahan kedua dia. asalnya dia mempunyai takaful perubatan. tapi dia berhenti kerana perlukan duit dan merasakan tak perlu sebab tak pernah claim
Dalam 3 bulan selepas pelan takaful tu berhenti, dia pun alami kemalangan. Masa tu mak ayah dia jual tanah kerana biaya pembedahan dia. Ingat kan semua akan selesai, rupanya tak selesai. Kali ini terpaksa jalani pembedahan kedua. duit dah takde dan harta pun dah takde. Mahu tak mahu, tunggu je giliran di hospital kerajaan
Jadi macam mana nak buat kalau kita betul-betul perlukan duit?
Semak semula pelan takaful kita. Cuba kurangkan manfaat yang tak kritikal. Kalau ada elemen pelaburan, berhenti dulu buat ketika ini. Fokus pada perlindungan yang betul-betul diperlukan saja
Kalau tak tahu, cuba dapatkan khidmat Financial Adviser untuk semak semula pelan takaful anda
4. Buat Peniaga, Ambil Peluang Untuk Digitalkan Perniagaan
Insken banyak menawarkan program membantu usahawan mendigitalkan perniagaan seperti eMarketplace: Jual Produk Anda Secara Online, Tembusi pasaran orang muda dengan Tiktok, Digital Poster for Online Sales and Marketing, Teknik Pemasaran Youtube dan macam-macam lagi
Kos bagi setiap kursus serendah RM 50 je
5. Dapatkan Nasihat Kewangan Profesional
Kalau masalah berkaitan aliran tunai dan hutang, korang boleh dapatkan khidmat AKPK. Perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah percuma je. Cuma ia terhad pada pengurusan aliran tunai dan hutang
Untuk khidmat yang lebih komprehensif, dapatkan khidmat perancang kewangan berlesen tetapi perkhidmatan mereka berbayar
Ok lah, sampai situ je perkongsian saya pada kali ini. Harapannya, 5 tip ni dapat bantu mengharungi PKP 2.0