1. Merancang untuk melabur Seawal Gaji Pertama

Lagi awal seseorang melabur, lagi banyak kekayaan boleh dijana. Ini kerana secara sifat nya, nilai aset sesuatu pelaburan akan berkembang dengan masa.

Contohnya

Katakan lah Ahmad berusia 25 tahun telah melabur sebanyak 500 sebulan ke dalam pelaburan yang boleh beri pulangan 8% setahun. Pada usia 55 tahun

Jumlah Duit Telah dilaburkan: RM 180,000.00

Pelaburan Terkumpul: RM 704,275.29

Keuntungan: RM 524,275.29

Andaikanlah Ahmad kata nanti lah dulu. Bila dah berkeluarga baru melabur. Muda lagi kot. Masa ni nak enjoy. Dah ada famili susah. Jadi dia mula melabur pada usia 35 tahun

Jumlah Duit Telah dilaburkan: RM 120,000.00

Pelaburan Terkumpul: RM 284,499.53

Keuntungan: RM 164,499.53

Kalau ikutkan beza modal dalam RM 60,000 je. Yelah, RM 500 sebulan dalam masa 10 tahun. Tapi pada umur 55 tahun (waktu pencen), Ahmad boleh ada 704,275.29 berbanding jika ditangguhkan 10 tahun hanya ada RM 284,499.53

Sebab itu dalam kewangan ada konsep Nilai Masa Wang (Time Value of Money). Kalau peribahasa melayu ada berbunyi masa itu adalah emas. Ini kerana memang terbukti, perkembangan nilai sesuatu aset bergantung dengan masa

2. Dapatkan Khidmat Perancang Kewangan Berlesen

Ini yang paling penting. Kita kena pastikan orang yang memberi servis kepada kita adalah orang yang berlesen. Contoh nya, jika kita berurusan dengan perunding unit amanah, pastikan ia berlesen dengan Federation of Investment Managers Malaysia

Yang terbaik adalah dapatkan khidmat Perancang Kewangan Berlesen (Lesen Financial Planner). Mereka adalah orang yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kompeten dalam memberi nasihat tanpa berat sebelah

Yelah, jumpa ejen emas pasti akan kata emas yang terbaik. Jumpa perunding unit amanah pasti kata unit amanah yang terbaik. Akhir sekali kita pening sebab semua kata mereka terbaik

Cuma kalau guna khidmat perancang kewangan berlesen, mereka akan mengenakan caj atas khidmat nasihat dan servis yang diberikan oleh mereka. Namun itu jauh lagi berbaloi daripada kita terjebak dalam skim mengarut atau tersalah memilih pelaburan (tak sesuai dengan diri sendiri)

3. Amalkan teknik Ringgit Cost Averaging (RCA)

Tak kisah pelaburan apa yang kita masuk, sebaiknya mengamalkan teknik Ringgit Cost Averaging (RCA) kecuali dalam pelaburan hartanah. Susah kot nak buat RCA dalam pelaburan hartanah

Apa itu Ringgit Cost Averaging?

Ia adalah pelaburan konsisten yang dibuat setiap bulan. Sebagai contoh seribu sebulan

Sebagai contoh kalau kita ada 24 ribu, maka kita pecahkan kepada 2 ribu sebulan selama 12 bulan

Ini kerana tiada siapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada masa akan datang dan bila waktu terbaik untuk melabur. Jadi dengan menggunakan RCA ni, kita akan mengurangkan risiko salah masuk (wrong timing) dalam melabur

4. Pastikan Pelaburan Tersebut Berlesen

Tolong, tolong pastikan pelaburan yang kita masuk adalah pelaburan yang berlesen. Sebaiknya berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pasaran modal seperti saham dan Suruhanjaya Koperasi bagi koperasi. Bagi pelaburan diluar persisir pantai, pastikan berlesen dengan Labuan Financial Service Authority (Labuan FSA)

Mengapa penting lesen dari penguatkuasa tempatan?

Ini penting sangat sebab sekiranya berlaku apa-apa, mudah untuk kita buat aduan. Duit pun jadi selamat. Kalau lesen luar negara, memang susah untuk kita lawan sekiranya berlaku apa-apa. Itu pun kalau benar ia dilesenkan. Kalau tipu macam mana? Susah tau nak semak

5. Faham Apa Yang Dilaburkan

Akhir sekali, pastikan kita jelas dan faham apa yang kita laburkan. nak tahu jelas atau tidak adalah bila mana kita boleh terangkan semula apa yang dilaburkan

Ingat kata-kata keramat Warren Buffet

“Never invest in a business you can’t understand”

Warren Buffet

Ini penting supaya kita tak tertipu dengan skim ngarut dan kita jelas dengan strategi pelaburan yang ingin digunakan bila kita faham bagaimana sesuatu pelaburan berfungsi

Kalau rasa tip ni bermanfaat, boleh kongsikan pada pasangan dan kawan-kawan

Similar Posts