Alamak, koyak pula duit ni. Serabutlah betul lah



Cakap pasal duit koyak ni, ada satu kisah yang aku ingat sampai sekarang iaitu kisah masa aku tingkatan dua. Masa tu, aku belajar di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah di Banting

Aku tinggal kat asrama ni sejak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Ringkasnya, ada 2 benda paling ngeri yang kalau boleh aku nak elak tapi ia tetap kerap berlaku

  1. Hilang Selipar
  2. Hilang duit

Punyalah takut duit hilang sampai bila aku akan sorok duit tu kat celah-celah almari. Takkan letak dalam dompet melainkan pada waktu nak guna duit tu. Terutama duit yang melibatkan note RM 50

Pernah jadi satu ketika duit tu tersekat dalam celah-celah lubang almari. Korek punya korek tak dapat-dapat lagi. Last sekali aku korek guna besi tajam. Alhamdulillah duit berjaya dikeluarkan juga akhirnya

Tapi malangnya duit tu dah jadi koyak rabak. Tak boleh nak guna langsung. Sedih dan kecewa masa tu. Akhirnya terpaksa hubungi mak abah suruh hantar duit sebab duit yang diberikan tak boleh guna dah. Masa tu mak aku siap pesan

“Nanti mak hantar duit. Tapi duit koyak tu simpan. Bagi mak nanti. Mak akan tukar dengan duit baru dekat Bank Negara”


Guys, nak tahu satu berita baik tak?

Minggu ni aku ada mengikuti program anjuran Financial Education Network (FEN) iaitu Financial Literacy Month 2021 #flm2021 yang bermula jumaat 29 Oktober sampai petang ahad ni 31 Oktober. Dalam satu sesi forum bersama Pegawai Bank Negara Malaysia ada beritahu

“Buat para penonton, jika anda ada duit rosak maka pergilah ke mana-mana bank untuk buat penukaran duit. Tak kisah lah duit koyak, duit ditelan anai-anai dan sebagainya. Tak semestinya pergi ke Bank Negara Malaysia. Sekarang ni mana-mana bank komersial dah boleh”

Jadi tak perlu korang risau dan kalut untuk pergi ke Bank Negara Malaysia kalau duit rosak. Pergi je ke mana-mana bank terdekat

Eh, bagaimana kalau ada bank-bank tak benarkan penukaran kepada nota duit baru?

Korang boleh buat aduan terus kepada Bank Negara Malaysia melalui bnm.gov.my/LINK atau hubungi 1-300-88-5465. Maklumkan keenganan pihak bank berserta bukti nama dan cawangan bank, nama pegawai terlibat serta tarikh dan waktu kejadian

Similar Posts