Salah satu insentif ransangan ekonomi dibawah Skim Penjana adalah pengeluaran wang KWSP iaitu i-Sinar. Ia memberi satu nafas lega buat sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19
Persoalan yang sering ditanya pada saya, adakah pengeluaran wang kwsp melalui i-Sinar ini dikenakan zakat?
Ok, korang boleh tengok video di bawah je je kalau malas nak baca
Pertama sekali saya nak ucap tahniah kerana ini adalah soalan pertama yang keluar bila kita dah boleh mengeluarkan wang KWSP. Ini adalah satu cerminan tahap keimanan dan kecaknaan terhadap rezeki yang halal
Secara asasnya, caruman KWSP diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama’ sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang apabila telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna pemilikan
Jadi ini bermakna zakat sebanyak 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan tanpa perlu menunggu haul
Namun, sekiranya pengeluaran itu dilakukan demi kelangsungan hidup seperti untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan maka ia dikecualikan daripada mengeluarkan zakat. Ini dipanggil sebagai Hajah Asliyah
Tapi kalau korang mengeluarkan wang i-Sinar sebagai modal pelaburan atau apa-apa keperluan yang bukan keperluan asas kritikal, kena bayar zakat
Jangan buat-buat lupa atau tak tahu pulak