Minggu lepas, Lipper telah mengumumkan senarai pemenang Anugerah Refinitiv Lipper. Ini adalah antara anugerah yang berprestij yang mengiktiraf dana-dana saham amanah/unit amanah yang memberikan prestasi yang memberansangkan

Anugerah Lipper ni memang menjadi rebutan bagi pengurus-pengurus dana saham amanah dan syarikat pengurusan dana saham amanah atau syarikat pengurusan aset. Kebiasaanya selepas menang anugerah ini, mereka akan ‘show off’ pengiktirafan yang mereka dapat ni ke dalam surat khabar dan bahan-bahan pemasaran mereka

Jadi dalam video kali ni, aku nak berkongsi dana-dana saham amanah terbaik 2021 berdasarkan Anugerah Refinitiv Lipper. Tapi aku akan fokus untuk dana-dana yang patuh shariah saja lah. Aci tak?

Jom

Ok, sebelum kita cerita senarai pemenang, aku rasa lebih baik kita ambil tahu dulu metodologi yang digunakan untuk memilih pemenang

  1. Dana-dana ini mesti berusia minima 36 bulan. Ini kerana pemenang akan dinilai berdasarkan prestasi mereka bagi tempoh 36 bulan (3 tahun), 60 bulan (5 tahun) dan 120 bulan (10 tahun)
  2. Pemenang dipilih mengikut jenis kelas aset pelaburan iaitu bond/sukuk, dana campuran dan juga ekuiti. Kalau ekuiti ni pula, dipecahkan kepada beberapa kelas seperti Ekuiti Malaysia, Ekuiti Pendapatan Malaysia, Ekuiti Malaysia Small and Mid Caps, Ekuiti Global dan Ekuiti Asia Pasifik Kecuali Jepun

Bagi kategori bond/sukuk dimenangi oleh AmanahRaya Syariah Trust bagi tempoh 3 dan 5 tahun manakala PB Islamic Bond bagi tempoh 10 tahun

Kategori Ekuiti Asia Pasifik Kecuali Jepun disapu bersih oleh Public Islamic Asia Leaders Equity untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun

Manakala Ekuiti Malaysia dimenangi oleh Hong Leong Dana Makmur bagi kategori 3 dan 5 tahun dan bagi kategori 10 tahun dimenangi Affin Hwang Aiiman Growth.

Bagi Ekuiti Pendapatan Malaysia dimenangi oleh Public Islamic Savings bagi kategori 3 dan 5 tahun manakala Manulife Investment Al-Fauzan bagi tempoh 10 tahun.

Ini agak menarik. Kebiasaanya bagi kategori aset campuran seimbang Malaysia akan disapu bersih oleh Dana Makmur Pheim. Tetapi kali ini Kenanga SyariahEXTRA mengungguli bagi kategori 3 dan 5 tahun manakala Dana Makmur Pheim mengekalkan kemenangan bagi tempoh 10 tahun.

Ok lah di sini aku beri senarai penuh pemenang anugerah Anugerah Refinitiv Lipper 2021 bagi kategori Dana Islamik. Korang tengok lah.

pic

Kredit : Lipper
Kredit: Lipper

Kesimpulannya,

  1. Jika kita perhatikan, tiada satu syarikat yang boleh menang semua kategori. Kategori A syarikat B menang dan kategori C syarikat D yang menang. Jadi sebab itu lah pentingnya korang melabur dengan Licensed Financial Planner. Mereka boleh bantu korang melabur ke dalam pelbagai dana walaupun dari syarikat berbeza. Aku sebagai seorang Licensed Financial Planner, aku bersedia bantu korang dalam mengembang aset dan wang korang.
  2. Prestasi yang dinilai adalah berdasarkan prestasi lepas. Ia bukan jaminan prestasi berulang dan dana yang sama akan menang. Tapi at least, ini boleh membantu korang dalam menyaring dana-dana yang berkualiti.

Boleh isi borang di bawah sekiranya anda mahu khidmat saya dalam mengembangkan aset dan wang anda

[fluentform id=”2″]

Similar Posts