Kita mungkin selalu mendengar kisah CEO-CEO terkaya dunia seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Bill Gates dan ramai lagi.

Bagaimana pula dengan individu-individu Muslim terkaya di dunia? Siapa mereka, berapa nilai kekayaan mereka dan apa perniagaan yang .

Kali ini aku nak ceritakan 5 orang CEO Muslim yang terkaya di dunia berdasarkan artikel yang ditulis oleh Majalah Labur. Boleh tonton video di sini jika tak mahu baca

  1. Mohamed Bin Isa Al-Jaber, USD 7.1 Bilion

Beliau merupakan ahli perniagaan dari Arab Saudi. dan merupakan pengasas dan CEO bagi syarikat MBI International

Kumpulan syarikat ini memiliki beberapa perniagaan termasuklah JJW Hotels and Resorts, Jadawel International Continent Oil dan juga AJWA Group yang memfokuskan pelaburan dalam hartanah dan hospitaliti

  1. Mohammed Hussein Al-Amoudi, USD 8.1 bilion

Dilahirkan di Ethiopia tetapi menetap di Arab Saudi kerana ayahnya berasal dari sana. Pada awal kerjayanya, beliau menceburkan diri di dalam sektor pembinaan dan hartanah sebelum menubuhkan sebuah membangunkan syarikat petroleum dan biofuel yang dikenali dengan nama Preem.

Selain itu, beliau turut memiliki syarikat Saudi Star Agricultural Development yang telah mengusahakan ribuan ekar tanah untuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kopi, teh, bunga dan sawah di luar Arab Saudi termasuk di Ethiopia

  1. Azim Premji, USD 8.6 bilion

Azim Premji adalah warganegara India yang memiliki syarikat teknologi maklumat, Wipro Limited. Pada asalnya, syarikat ini menghasilkan produk minyak terhidrogenasi

Setelah kematian bapanya, Azim mengambil alih syarikat itu dan terus mengubah arah syarikat tersebut kepada industri teknologi maklumat.

  1. Iskandar Makhmudov, USD 9.7 bilion

Iskandar Makhmudov adalah ahli perniagaan Rusia yang dilahirkan di Uzbekistan. Beliau terlibat dalam beberapa industri, termasuklah industri pengangkutan dan perlombongan.

Beliau kini merupakan pemilik Uralskaya Gorno-Metallurgicheskaya Kompaniya (UGMK) Holding. Dalam bahasa inggeris dipanggil ummc. UMMC adalah pengeluar tembaga kedua terbesar di Rusia pada masa kini

  1. Putera Al-Waleed Bin Talal Al-Saud, USD 16.0 bilion

Putera Al-Waleed Bin Talal Al-Saud bukan sahaja memiliki gelaran sebagai CEO Muslim terkaya di dunia, tetapi juga salah seorang individu terkaya di dunia. Beliau merupakan putera dan cucu Raja Arab Saudi yang pertama iaitu Raja Abdul Aziz.

Beliau adalah merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Kingdom Holding Group iaiatu sebuah syarikat pelaburan (Investment Holding Group) yang melabur ke dalam syarikat didalam sektor kewangan, pelancongan, hospitaliti, hiburan, penerbangan dan sebagainya

Ok, itu saja perkongsian aku mengenai 5 CEO Muslim Terkaya Di Dunia

Ingat, gaji kecil takpe asalkan pandai urus kewangan

Similar Posts