Arwah abah saya pernah meluahkan satu kekesalan kepada saya
“Masa dulu, abah kurang dapat pendedahan tentang kepentingan pelaburan pendidikan anak-anak. Masa tu juga, tak banyak tawaran pelaburan untuk pendidikan anak-anak. Tak macam sekarang. Tapi abah bersyukur 2 daripada anak-anak abah dapat biasiswa dan yang lain-lain dapat bantuan PTPTN walaupun ia adalah pinjaman yang perlu dibayar baik balik”
Secara umumnya, ada pelbagai instrumen pelaburan yang anda boleh gunakan untuk membina dana pendidikan anak-anak seperti melalui Pelan Takaful Pendidikan, Amanah Saham, Exchange-Traded Fund, Real Estate Investment Trust (REIT) dan juga melalui Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Namun untuk dalam video kali ini aku nak fokus kepada produk Simpan SSPN sebab ini antara instrumen yang bagus dan banyak manfaat di samping sekarang ni sedang berlangsung Bulan Menabung Simpan SSPN dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021
Jom
Bila sebut PTPTN, perkara pertama terlintas dalam fikiran adalah skim pinjaman atau pembiayaan pelajaran PTPTN. Tapi sebenarnya, tujuan PTPTN ditubuhkan adalah untuk membantu mereliasasikan impian ibu bapa melihat anak-anak berjaya dimana gading dengan menyediakan skim pelaburan yang menarik dan kompetitif. Pinjaman atau pembiayaan pelajaran tu hanyalah langkah akhir jika memang dah takde duit simpanan
Ada dua skim pelaburan yang ditawarkan PTPTN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus
Simpan SSPN Prime
Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan. Bermakna terpulang nak melabur atau tak nak dalam sesuatu tempoh Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan seperti:
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun
- Perlindungan takaful ringgit kepada ringgit secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
Ini bermakna, jika pulangan pelaburan terkumpul RM 20,000 maka sekiranya berlaku kematian waris akan dapat RM 40,000 yang mana RM 20,000 adalah dari baki wang pelaburan dan tambahan RM 20,000 adalah dari manfaat perlindungan takaful ringgit kepada ringgit
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Simpanan dijamin oleh kerajaan
Simpan SSPN Plus
Simpan SSPN Plus ini merupakan produk terbaharu PTPTN yang mengabungkan elemen pelaburan dan perlindungan takaful sekiranya berlaku apa-apa musibah dengan kerjasama beberapa syarikat pengendali takaful seperti Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB)
Ini bermakna setiap bulan, duit caruman ini akan dipecahkan kepada 2 bahagian. Satu untuk tujuan pelaburan bagi membina dana pendidikan dan sebahagian lagi untuk tujuan perlindungan takaful. Ini penting bagi menjamin kelangsungan dana pendidikan yang dibina terus berfungsi walaupun sekiranya meninggal dunia
Pakej Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah RM30 sebulan dengan RM20 simpanan dan RM10 takaful sehingga RM 500 sebulan. Dengan menyimpan dalam SSPN Plus ini, pendeposit mempunyai simpanan di samping perlindungan takaful.
Secara ringkasnya, Simpan SSPN Plus ini mempunyai 10 keistimewaan seperti berikut:
- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun;
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
- Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1.2 juta bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih
- Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih;
- Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
- Perlindungan takaful sehingga umur mencapai 69 tahun tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful;
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia;
- Tiada pemeriksaan kesihatan;
- Simpanan dijamin Kerajaan.
Apa lagi, kalau anda masih belum bermula menabung untuk dana pendidikan anak-anak, anda boleh mula sekarang dengan melayari lovesspn.com