Tadi saya terbaca sebuah artikel yang bermanfaat mengenai Hibah. Namun ada beberapa perkara yang saya tak setuju. Bagi saya ada sikit kesilapan fakta. Kesilapan ini kerap berlaku dikalangan masyarakat sehinggakan ada yang anggap Faraid tu tak bagus jika dibandingkan dengan hibah
Kaedah pengurusan harta dalam islam itu meluas. Faraid adalah sebagai asas utama, hibah, wakaf dan juga wasiat. Setiap satu instrumen (kaedah) ini keunikan dan berlainan cara nya. Jadi ia melengkapi antara satu sama lain dan sesuai dengan fitrah manusia yang mempunyai kepelbagaian situasi
Tiada satu kaedah yang lebih baik berbanding kaedah lain. Kaedah yang terbaik adalah kaedah yang mampu menyelesaikan masalah pengurusan harta seseorang berdasarkan situasi tertentu
Mengapa saya katakan Faraid adalah asas utama?
Ini kerana secara asasnya setiap harta pusaka itu akan diuruskan secara Faraid. Jika seseorang tu tak merancang harta pembahagian harta sewaktu hidup, maka secara automatik harta itu akan dibahagikan secara Faraid. Ataupun, sekiranya ada lebihan harta (maksud nya masih ada baki harta selepas dah dibahagikan secara hibah atau wasiat), maka harta itu akan dibahagikan secara faraid
Ada banyak kes termasuk kes arwah abah saya sendiri, boleh diselesaikan hanya dengan melalui proses faraid sahaja. Tak perlu pun hibah. Tidak semestinya perlu harta banyak pun. Kes arwah abah, hanya diselesaikan di Pejabat Pesaka Kecil saja
Untuk informasi, semua kes pembahagian dan perbicaraan harta pusaka bawah 2 juta akan dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil. Jika harta lebih 2 juta akan dibawa ke Mahkamah Tinggi

Hibah
Hibah bermaksud hadiah. Biasa nya, orang beri hadiah ini sebagai tanda perhargaan atau tanda kasih sayang pada seseorang. Jadi ringkas nya, bila kita dah hadiah kan sesuatu harta kepada seseorang maka itu bukan lah lagi hak milik kita
Begitu lah hibah. Bila kita dah hibah kan sesuatu, ia bukan lagi milik si mati. Jadi ia akan terkeluar daripada harta pusaka
Tapi kena hati-hati dalam hibah kan harta. Jangan dihibahkan semua harta sekali gus. Nanti, jika tiada harta tinggal, macam mana nak selesaikan jika masih ada hutang?
Harta yang dah dihibahkan, bukan lagi hak milik kita. Jadi, kita tak boleh beri arahan kepada penerima hibah untuk selesaikan hutang kita. Penerima hibah pulak takde kewajipan untuk selesaikan hutang kita
Sebagai seorang muslim, kita kena pastikan kita meninggal dunia dalam keadaan tak berhutang. Baik hutang PTPTN, hutang dengan manusia mahupun hutang dengan Allah seperti zakat yang belum dilunaskan
Jadi bila hibah diperlukan?
Sebagai pemilik harta, kita lebih tahu apa tujuan sesuatu harta tu kita beli. Sebagai contoh, kebanyakan orang beli rumah adalah untuk tempat berteduh hidup diri sendiri, isteri dan anak-anak
Jadi sewaktu hidup, kena ‘secure’ kan rumah tu supaya seandainya ditakdirkan mati awal, rumah itu kekal berfungsi sebagai tempat berteduh keluarga. Sebaiknya, kita dah hibahkan siap-siap kepada isteri dan anak-anak (isteri sebagai penjaga hak).
Harta yang lain, mungkin kita boleh hibah atau faraid kan kepada ahli keluarga lain. Buat penamaan wasi (pemegang amanah) sewaktu hidup supaya mudah untuk memulakan pengurusan harta pusaka bila dah mati nanti. Takde lah gaduh-gaduh. Kubur masih merah lah dan macam-macam lagi
Kesimpulan
Faraid bukan lah punca kepada masalah harta pusaka yang berlaku sehingga mencecah 60 billion harta terbeku. Punca nya adalah TAK BUAT PERANCANGAN SEWAKTU HIDUP dengan alasan Faraid dah ada. Sedangkan, kalau nak tinggalkan kesemua nya secara faraid pun, ia tetap perlu dirancang dengan perlantikan wasi dan dah diberitahu kepada ahli keluarga
Takdelah ahli keluarga bertelagah dan saling tuduh menuduh nak bolot harta arwah sebab dah jelas sebelum meninggal lagi. Ahli waris jelas siapa wasi yang akan mulakan proses pembahagian harta pusaka dan kesefahaman bagaimana harta itu nak dibahagikan
Sudahkah anda membuat perancangan? Jika belum, mari saya bantu anda merancang. Boleh isi borang temujanji dibawah
Borang Temujanji Pusaka
[fluentform id=”2″]