“Korang nak tahu satu fakta tak?”

“Syarikat takaful tak pernah menawarkan produk Hibah Takaful. Saya ulang lagi sekali tak pernah sama sekali”

Jadi apa sebenarnya Hibah Takaful yang sering disebut-sebut oleh ejen takaful?

Anda bersama saya Hanif Yahaya. Dalam episod kali ini, saya berkongsikan apakah realiti sebenar Hibah Takaful yang sering ditawarkan oleh ejen-ejen takaful

https://youtu.be/lCiMlhDbbQE

Secara umumnya Syarikat Takaful menawarkan 2 jenis produk iaitu Takaful Perlindungan Keluarga dan Takaful Perlindungan Am

Perlindungan Keluarga

Takaful perlindungan keluarga ni boleh dibahagikan kepada dua iaitu Takaful Hayat dan Takaful Perubatan

Takaful Hayat ini adalah satu bayaran pampasan yang kepada peserta orang yang dinamakan sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan penyakit kritikal. Ia bertindak sebagai satu pengganti pendapatan, membayar hutang atau pun membeli alat sokongan perubatan yang tak dilindungi oleh takaful perubatan

Takaful Perubatan atau lebih dikenali sebagai Kad Perubatan adalah satu perlindungan yang melindungi kos perubatan apabila masuk hospital. Perbezaan paling ketara antara takaful hayat dengan perubatan adalah takaful hayat adalah bayaran pampasan dibayar pada orang dinamakan manakala perubatan dibayar oleh syarikat takaful kepada pihak hospital secara terus

Perlindungan Am

Asasnya Takaful Am adalah semua jenis perlindungan takaful yang ada di pasaran selain daripada produk takaful keluarga yang saya sebut tadi. Ia merangkumi takaful kenderaan, MRTT, takaful bangunan, perlindungan profesional indemniti, takaful perjalanan dan macam-macam lagi

Hibah

Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Seksyen 142, Perenggan 2 (muka surat 184)

Peserta takaful yang telah mencapai umur enam belas tahun boleh menamakan individu untuk menerima manfaat takaful yang kena dibayar atas kematiannya di bawah sijil takaful itu, sama ada sebagai seorang wasi, atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, dengan memberitahu pengendali takaful berlesen secara bertulis mengenai nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan pendaftaran negara atau nombor sijil kelahiran dan alamat penama.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Seksyen 142, Perenggan 2

Dalam akta ini jelas beritahu kepada kita bahawa Bank Negara Malaysia telah mewajibkan semua pengendali takaful mesti menyediakan dua jenis sistem mewariskan pampasan kematian iaitu dengan cara faraid (melalui perlantikan wasi) dan juga hibah

Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks takaful ini adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama benefisiari yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.

Cuma hibah dalam pewarisan pampasan takaful ni adalah hibah bersyarat atau lebih tepat hibah ruqba. Hibah bersyarat ni ada dua iaitu umra dan ruqba. Hibah ruqba ni adalah pemberian masa hidup tetapi terlaksana selepas dia meninggal dunia. Sekiranya penerima yang mati dulu, harta itu kembali semula kepada dia. Ia takkan jadi harta pusaka si penerima tu tadi

Hakikatnya semua pampasan kematian takaful hayat yang anda ambil boleh dihibahkan selagi mana anda ambil takaful. Hibah hanyalah sistem bagaiamana anda nak mewariskan pampasan kematian anda. Bukan produk takaful

Jadi yang buat anda yang masih tergedik-gedik masih ambil insurans konvensional, anda memang rugi besar. Dah lah dosa sebab ambil produk konvensional tak patuh shariah, lepas tu anda tak boleh nak hibahkan pampasan takaful anda sebab Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 hanya terpakai untuk produk takaful saja

Similar Posts