Minggu kedua Gema Lawak Superstar adalah bertemakan parodi. Kumpulan Rembat membawa parodi Filem 3 Abdul. Bila dah bawa cerita 3 Abdul, jadi mesej yang dibawa adalah mesej mengenai perwarisan harta pusaka

Dalam parodi 3 abdul tersebut, kumpulan rembat ni melakukan twist di mana semua harta Ismet Ulam Raja telah disedekahkan atau dalam bahasa lain telah diwakafkan ke badan-badan amal kebajikan. Jadi anak-anak Ismet tak dapat sebarang harta warisan Ismet Ulam Raja

Ketika itu, Abdul Wahab dan Abdul pun kecewalah. Abdul Wahub (PU Amin) pula menenangkan dengan memberi sepotong hadith

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Sahih Muslim

Persoalannya, bolehkah seseorang mewakafkan keseluhuran harta selepas kematiannya sehinggakan anak-anak tak mewarisi apa-apa harta daripada ibu bapa nya?

Ada sepotong hadith masyhur yang sering digunakan oleh ejen-ejen takaful dalam mempromosikan produk takaful. Namun sebenarnya hadith ini panjang. Fokus utama hadith tersebut adalah berkaitan wasiat sedekah

Ada satu ketika Saad Abid Waqas sakit tenat. Masa dalam keadaan tenat, dia ada buat wasiat sedekah. Bila dah sihat, dia berjumpa dengan Rasulullah untuk bertanyakan wakaf yang telah dibuat

“Aku telah sakit yang teruk ketika di Mekah. Kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa mati. Maka Rasulullah saw sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah saw, ‘Wahai Rasulullah! Aku mempunyai harta yang banyak dan tidak ada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak perempuan. Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku?’ Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’. Aku berkata; Bagaimana kalau separuh (1/2)? Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’ Aku berkata, ‘Kalau satu pertiga (1/3)? Jawab Rasulullah saw, ‘Satu pertiga (1/3) itu sudah banyak. Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi pahala walaupun sesuap makanan kepada isterimu’. “

Daripada hadith ini ada bebeberapa pengajaran yang kita boleh dapat

  1. Para sahabat berebut-rebut untuk melakukan wakaf. Ini kerana ia boleh menjadi lubuk pahala yang berkekalan sehingga akhirat. Bayangkan, wakaf yang dilakukan oleh Saidina Uthman pada zaman nabi, kekal memberi manfaat kepada semua orang sehingga ke hari ni. Malah, kerajaan Arab Saudi mewujudkan satu akaun atas nama Saidina Uthman
  2. Namun dalam memberi sadaqah, jangan sampai menzalimi ahli waris lain. Ahli waris lain juga memerlukan harta bagi kelangsungan hidup mereka. Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain
  3. Dalam islam, maksima wasiat sedekah adalah 1/3 daripada jumlah harta. Jika lebih daripada itu, ia perlu minta kebenaran dari ahli waris yang berhak.

Similar Posts