” Tuan, ayah saya nak kahwin lain. Saya takut segala alat perhiasan emas mak akan jadi milik isteri baru ayah “

Itulah mesej seorang anak bila dia mesej kepada saya. Sekali baca, jelas terpancar ketakutan dalam diri dia. Risau segala emas milik mak nya menjadi hak isteri baru yang akan dikahwini

Sebenarnya, kepercayaan begini selalu ada dalam masyarakat kita. Biasa cerita dia adalah adik beradik lelaki tak puas hati kerana alat perhiasan mak jadi milik anak perempuan. Ini pertama kali dengar anak pula risau dengan bakal isteri baru ayah akan ambil perhiasan mak

Apakah status pemilikan barang kemas bila seseorang meninggal dunia?

Bila mati nya seseorang, segala aset harta pemilikan dia akan menjadi harta pusaka. Maka ia secara tak langsung menjadi hak semua ahli waris yang berhak melainkan harta tersebut telah dihibahkan kepada seseorang

Ya, semua ahli waris. Tak kisah lah ahli waris itu lelaki mahupun perempuan. Dalam kes ini, bakal isteri baru ayah bukan lah ahli waris yang berhak ke atas harta tersebut

Bagaimana nak bahagikan tersebut?

Harta pusaka secara umum nya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Harta Bergeran dan Harta Tak Bergeran

1. Harta Bergeran

Harta Bergeran adalah harta yang mempunyai ADA BUKTI PEMILIKAN seseorang seperti akaun bank, saham, rumah dan kenderaan

Harta ini hendaklah melalui proses pembicaraan di Pejabat Pesaka Kecil (jika harta tu bawah 2 Juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta tu lebih 2 Juta). Masa tu kena buat keputusan lah nak bahagi macam mana. Jika tiada keputusan boleh di capai maka ia akan dibahagikan mengikut bahagian faraid

2. Harta Tak Bergeran

Harta Tak Bergeran ni adalah harta milik seseorang tetapi TIADA BUKTI PEMILIKAN seperti perabot rumah, haiwan ternakan seperti arnab, dan barang kemas

Harta ini secara umum nya perlu dibahagikan mengikut bahagian faraid. Namun ahli waris boleh bincang sesama ahli waris sekiranya mahu diberikan secara suka sama suka (muafakat). Ini dipanggil secara takharuj

Kesimpulan nya, barang kemas mak tu hendaklah dibincangkan sesama ahli waris yang berhak. Nak bahagi macam mana. Ia bukan lah milik mutlak anak perempuan atau si ayah untuk diberikan kepada isteri baru

Similar Posts