Tahukah anda Bank Negara Malaysia telah memudahkan kita semua rakyat Malaysia dalam memilih produk perlindungan yang patuh syariah?

Ya, dengan hanya memerhatikan sama ada produk atau pelan perlindungan itu bernama takaful atau insurans

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah menetapkan semua produk perlindungan yang mematuhi prinsip kepatuhan syariah akan menggunakan nama takaful dan produk perlindungan yang tak mematuhi standar patuh shariah akan menggunakan nama insruans

Jadi, dalam video kali ini, saya akan menceritakan perbezaan antara insurans dan takaful

https://youtu.be/-2AzO-LHPuc



Secara umumnya orang akan melihat takaful dan insurans ni sama saja sekiranya mereka hanya melihat dari sudut objektif dan manfaat semata-mata seperti mana pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik

Tetapi hakikatnya, ia berbeza dari sudut teknikal dan perlaksanaan yang menjadikan insurans sebagai tak patuh syariah dan takaful patuh syariah. Contoh mudah adalah perbezaan ayam yang disembelih mengikut standar syariah dengan ayam disembelih dengan kaedah renjatan elektrik sehingga mati. Dari sudut manfaat adalah sama. Kedua-dua mengenyangkan dan sebagai sumber protein. Tetapi proses perlaksanaan berbeza menjadikan sama ada ayam itu halal dimakan atau haram dimakan

Insurans adalah berasaskan kontrak jual beli. Peserta membeli jaminan perlindungan daripada syarikat insurans. Jadi bila berlaku musibah, kerugian dialami itu dipindahkan kepada syarikat insurans sebagai penanggung insurans. Penanggung insurans akan membayar berdasarkan kontrak jaminan yang dimetrai

Duit premium yang dibayar menjadi milik syarikat selaku penjual dan sekiranya berlaku musibah, syarikat akan keluarkan duit untuk bayar kepada orang atau objek dilindungi

Dah nama pun duit milik syarikat. Jadi mereka bebas untuk melaburkan duit itu kepada mana-mana instrumen pelaburan tanpa perlu terikat dengan instrumen patuh shariah. Dan ini terbukti apabila hangat baru-baru ini shariah screener mendedahkan 2 syarikat insurans yang aktif melabur ke dalam syarikat arak dan judi seperti heineken, Berjaya Sport Toto, Genting, Magnum dan Carlsberg

Ramai orang anggap HARAMNYA insurans kerana unsur pelaburannya. Ia betul tapi itu bukanlah satu-satunya sebab ia haram. Kalau duit dilaburkan tu ke dalam dana patuh shariah sekalipun ia tetap haram kerana

  1. Ada unsur ketidakpastian (Gharar) kerana dalam akad jual beli jaminan itu berlaku ketidakpastian bilakah barang (yakni pampasan) itu akan diterima. Lagi satu jaminan itu sendiri tidak pasti sama ada akan diterima atau tidak
  2. Ada unsur judi. Ini kerana berlaku unsur pertaruhan antara syarikat dan peserta insurans siapakah yang akan mendapat lebihan wang dalam jual beli jaminan ini

Jauh berbeza dengan takaful

Takaful pula mengaplikasikan konsep khairat kematian yang biasa digunakan di surau-surau dan masjid. Cuma di skala yang lebih besar

Seperti mana konsep khairat kematian, para peserta takaful berikrar untuk mewujudkan satu tabung perlindungan bagi melindungi antara satu sama lain sekiranya berlaku musibah. Tabung ini dinamakan sebagai tabung tabarru’

Sebab itu duit yang dibayar bulan-bulan tak dipanggil sebagai premium tetapi sumbangan. Ini kerana setiap bulan para peseta ini akan memberi sumbangan dalam tabung ini untuk melindungi sesama mereka

Syarikat takaful hanyalah bertindak sebagai pengendali bagi memastikan tabung ini diuruskan dengan tatakelola yang baik. Segala duit dala tabung ini adalah hak milik peserta takaful dan sekiranya berlaku lebihan, mestilah diagihkan kepada para peserta takaful.

Untuk pelaburan pula, produk takaful mesti laburkan duit itu ke dalam instrumen patuh syariah. Adanya penasihat syariah yang akan memantau dalam hal ini

Sebab itulah, sebagai seorang muslim anda MESTI ambil produk takaful. Pertama ia adalah patuh shariah dan kedua anda akan dapat pahala sekiranya anda meniatkan duit sumbangan setiap bulan untuk membantu orang lain

Jadi, kalau ada mana-mana ejen insurans tawarkan produk insurans dengan mengatakan ia adalah 100% perlindungan atau boleh laburkan ke dalam dana syariah, korang angkat kaki dan belah terus dari situ

Similar Posts