Baru-baru ni kita digemparkan dengan iklan judi GDBET333. Ia mempromosikan aktiviti judi dalam talian melalui lagu raya. Apa yang menjahamkannya adalah

  1. Iklan tersebut menggunakan lagu raya untuk menyampaikan mesej iklan mereka. Mereka peka dengan mood raya orang Malaysia adalah dengan lagu raya
  2. Iklan tu menggunakan orang yang kelihatanya berbangsa Melayu
  3. Iklan tu dibuat ketika umat islam sedang berpuasa.

Tapi korang sedar tak, ada aktiviti yang sebenarnya perjudian yang wujud dalam masyarakat kita tetapi ramai yang tak sedar. Bila kita tak sedar, jadi kita tak merasakan ia bermasalah dan akhirnya kita berterusan makan rezeki yang haram

Jom

Ok sebelum aku bercerita mengenai aktiviti judi tanpa sedar, aku nak betulkan dulu salah tanggapan yang kerap beMesinrlaku dalam masyarakat. Ini ditunjukkan dalam klip video iklan GDBET333. Dalam lirik lagu tu, ada rangkap

Untung Nasib Mu Engkau Berjaya,
Cuci Semua Kemudian Beraya

Ramai menganggap yang zakat adalah menyucikan harta yang haram. Ini adalah satu tanggapan yang salah, salah dan salah. Zakat adalah menyucikan harta yang halal dengan memberikan kepada orang lain sebahagian harta kita iaitu sebanyak 2.5%

Harta yang haram tak boleh disucikan dengan zakat. Kesemua harta mesti dibersihkan dengan membuang atau mengasingkan harta yang haram dengan menyerahkan kepada baitul mal atau pemberian sumbangan

Katakalah korang judi dengan kos RM 100. Dapat pulakan Jackpot RM 100,000. Duit RM 100,000 tu, korang tak boleh nak ambil walau satu sen pun. Mesti dibersihkan kesemuanya kerana ia adalah rezeki yang haram

Baik tak payah judikan?

Ok, balik semula topik asal. Ada beberapa aktiviti judi tanpa kita sedar

  1. Mesin tikam yang ada di kedai-kedai runcit dan fun fair. Ini adalah judi kerana korang masukkan duit untuk dapat satu hadiah yang tak pasti apa je dapat
  2. Mesin claw. Alah mesin yang kurang masukkan duit dan korang kena kawal tangan cangkuk besi hadiah yang korang nak. Salah teknik, tak dapat apa-apa pun
  3. Yuran duit masuk pertandingan. Ya, ia adalah judi sekiranya duit penyertaan itu digunakan untuk membeli hadiah pertandingan tersebut. Tapi kalau duit tu sepenuhnya untuk kos operasi seperti sewa dan sebagainya dan tak termasuk hadiah, maka ia tak jadi masalah.

Ok kat sini aku nak beri satu cara mudah nak kenal judi. Mana-mana permainan memerlukan korang keluarkan duit dan menggunakan konsep zero sum game iaitu keadaan di mana keuntungan seseorang sama dengan kerugian orang lain maka ia adalah judi

Ok bereh boh jumpa lagi pada minggu hadapan

Ingat, gaji kecil takpe asalkan pandai urus wang

Similar Posts