Guys, berita baik. Berita yang korang dah lama tunggu. Ciri GO+ dalam aplikasi TnG eWallet dah patuh shariah

Pada Mac lepas, Touch n Go telah membuat satu kejutan apabila mereka menyediakan perkhidmatan GO+ pada aplikasi TnG eWallet. Mereka adalah penyedia eWallet pertama yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini

Malangnya, pada ketika perkhidmatan GO+ ini tak patuh shariah. Ini kerana duit di dalam GO+ pada ketika itu dilabur ke dalam dana pasaran wang Principal e-Cash Fund yang mana ianya tak patuh shariah

Namun pada 16 Ogos 2021, Principal telah mengubah dan mengemaskini prospektus dana Principal e-Cash Fund ini. Objektif pelaburan telah ditukar kepada instrumen pasaran wang islam yang patuh shariah di mana penasihat syariah mereka adalah Amanie Advisor

Untuk informasi, Fungsi Go+ ni membolehkan anda memindahkan sebahagian baki dalam akaun TNG eWallet (minima RM 10) untuk dilaburkan ke dalam dana amanah saham atau sebahagian orang sebut sebagai unit amanah yang melabur ke dalam pasaran wang (money market)

Pulangan pelaburan ke dalam pasaran wang ni hampir sama dengan simpanan tetap. Apa yang membezakan ialah simpanan tetap mempunyai lock in period iaitu satu tempoh tak boleh keluarkan duit tetapi pasaran wang sangat cair yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan kadar keuntungan adalah berdasarkan kadar keuntungan harian

Sebab itu anda yang mempunyai bisnes, saya amat galakkan anda letak sebahagian wang ‘floating money’ syarikat anda dalam pasaran wang. Ia memberi keuntungan yang hampir sama dengan simpanan tetap tetapi dengan kecairan yang lebih tinggi. Kalau tak tahu nak buat macam mana, saya boleh bantu anda Hubungi saya je

Menarik kan ciri GO+ ni?

Ada tiga langkah untuk mengaktifkan ciri GO+ ini iaitu

  1. Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu menyerahkan ID dan maklumat peribadi anda melalui Touch ‘n Go eWallet
  2. Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet.
  3. Terima pengesahan bahawa pendaftaran anda berjaya, dan anda sudah boleh memindahkan kredit anda ke GO +.

Ada satu tawaran untuk anda buat pembaca Celik Wang. Saya nak menawarkan diskaun RM 50 untuk anda mendalami secara lebih mendalam dan tersusun mengenai perancangan dan pengurusan kewangan. Harga semasa kursus ini RM150 tetapi apabila anda masukkan kod ini hanif-af-d2b ia akan menjadi serendah RM 100

Klik link dibawah ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini
https://ulearnmoney.com/product/duit2belia-tahap-1-2-3/

Similar Posts