Baru-baru ni Private Pension Administrator Malaysia (PPA) memberi satu khabar baik buat kita semua. Pengerusi PPA, Datuk Zaiton Mohd Hassan Malaysia mengumukan Kerajaan Malaysia akan melanjutkan insentif perlepasan cukai individu bagi Skim Persaraan Swasta atau lebih dikenali sebagai Private Retirement Scheme (PRS).
Asalnya, perlepasan cukai individu bagi PRS ni hanya lah sehingga tahun taksiran 2021 saja. Tapi kini dah dilanjutkan hingga tahun taksiran 2025.
Untuk informasi, simpanan dan pelaburan ke dalam Skim PRS ni melayakkan perlepasan cukai individu sebanyak RM 3,000 setahun. Ini bermakna, kita boleh menambah simpanan pelaburan hari tua sambil menikmati perlepasan cukai.
Apa Itu PRS?
Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya akan menggunakan istilah PRS bagi merujuk Skim Persaraan Swasta. Ini sebab, tak ramai orang tahu tentang PRS. Bagi mereka yang mengenali pula, mereka dah biasa dengan nama PRS berbanding Skim Persaraan Swasta. Malah brosur rasmi PPA mengenai PRS ni pun menggunakan nama PRS.
Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan. Dalam erti kata lain, ia menyediakan satu dana persaraan tambahan kepada skim pencen dan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
PPA adalah pentadbir pusat untuk semua skim PRS. Mereka akan mentadbir akaun PRS kita semua dan akan menyediakan penyata tahunan akaun PRS anda dengan Penyedia PRS
Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri. Pilihan dana di bawah PRS bertujuan untuk meningkatkan pulangan jangka panjang bagi ahli dalam kerangka kerja yang dikawal selia
Bagaimana Skim PRS Berfungsi?
PRS ni mengikut acuan model mirip KWSP. Setiap Caruman akan dipecahkan kepada 2 akaun iaitu Sub Account A (70% caruman) dan Sub Account B (30% caruman). Apa yang membezakan adalah caruman dalam PRS bersifat sukarela berbanding mandatori/wajib dalam KWSP bagi yang mencarum dalam KWSP
Setakat ini, ada 8 penyedia PRS yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
- AmFunds Management Berhad
- Principal Asset Management Berhad
- Kenanga Investors Berhad
- Manulife Asset Management Services Berhad
- RHB Asset Management Sdn. Bhd
- Public Mutual Berhad
Sebagai seorang Perancang Kewangan Berlesen, saya boleh bantu sekiranya mahu melabur ke dalam PRS. Saya mempunyai akses ke dalam semua dana PRS kecuali Public Mutual Berhad
Jenis-Jenis Dana PRS
Ringkasnya, Dana-Dana PRS boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu Dana Teras dan Dana Bukan Teras
1. Dana Teras
Dana teras ni adalah dana yang wajib ada bagi setiap penyedia PRS. Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga (3) dana teras sebagai pilihan yang ditetapkan dalam PRS mereka. Jika anda memilih pilihan tetap, anda akan diperuntukkan kepada dana teras berasaskan kumpulan umur anda seperti berikut
KATEGORI DANA | PERUNTUKAN ASET |
Pertumbuhan | Maksimum 70 peratus dalam ekuiti; 30 peratus dalam debentur / pendapatan tetap dan kaedah pasaran wang |
Sederhana | Maksimum 60 peratus dalam ekuiti; 40 peratus dalam debentur / pendapatan tetap dan kaedah pasaran wang |
Konservatif | 80 peratus dalam kaedah pendapatan debentur / pendapatan tetap yang minimum iaitu 20 peratus mestilah dalam kaedah pasaran wang dan maksimum 20 peratus dalam ekuiti |
2. Dana Bukan Teras
Dana ini adalah dana tambahan yang disediakan oleh sesuatu penyedia PRS. Ada penyedia PRS tawarkan, ada yang tidak. Dana ini tak ter terikat dengan peruntukan aset sepertimana dalam dana teras
Menarik kan Skim PRS ni? Rugi kalau tak rebut
InshaAllah, saya bantu bagi sesiapa yang nak melabur ke dalam Skim PRS ni. Isi borang temujanji yang disediakan
BORANG TEMUJANJI